Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)

Terjemahan ayat 1-5

[1] .Alif, Laam, Miim.

[2] .Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

[3] .Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

[4] .Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

[5] .Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya

 

Tajwid

Mad Lazim Harfi Mukhaffaf

Mad Arid Lissukun

Wajibul Ghunnah

Qalqalah

Mad Jaiz Munfasil & Mad Wajib Muttasil

Mad Asli

Idgham

Huruf Ra' Ditebalkan